Powered By Blogger

Thursday 25 June 2015

Lawatan asrama katanya hmm






Assalamualaikum kawan-kawan!






Lama dah aku abandone-kan blog aku ni kah kah kah busy la katakan sebab budak asrama kan acecei. Nak update pasal apa ah? Ok haa nak habaq mai sikit pasal lawatan asrama aku yang bakal diadakan 29, 30, and 31 of july kau ha dengan kata lain nya;




lepas raya lah beb




Tempat ni lain dari yang lain wo thats why ramai budak asrama yang join weh. Sebabnya tempat fav asrama aku kan setiap kali nak buat lawatan, konfem asyik-asyik bersua muka dengan langkawi ha. Kau bayangkan ah sampai lawatan asrama tahun lepas kena cancel kut sebab takde orang yang nak pegi.



Mana taknya dah always pi tempat sama je. Entah-entah orang langkawi pun dah boleh cam muka depa ni kah kah kah! So, tahun ni, warden buat lawatan dekat Kuantan weh and apa yang membuatkan aku eggsaited sangat nak join is we will be visiting GAMBANG woi! Aku tak pernah jejak lagi kut dekat taman tema air tu and dah berapa tahun dah aku tak mandi kolam. Dah beso kan malu kokrang la huhu.



And orang tua kata tak baik kalau kita buat sesuatu benda w/o parents` permission kan? Haaa budak baik ni (eceh) And alhamdulillah sesangat sebab both of my parents have given me




the green light! ting!




Tapi, before we berjimba dekat Gambang tu, kitorang akan ada benchmark lah dekat SMK Abdul Rahman Talib a.k.a SMART fuh dengor nama dia pun aku dah bergego lutut noh. Yang lawaknya, kawan aku habaq la dekat aku cenni,





"weh, nanti kita ada benchmark tau kat sana"
"oh sek mana weh"
"entah la aku tak ingat apa nama yg cikgu cakap tadi, haa sekolah abu talib rasanya"
"kau biar betul nama sek tu macam tu"
"yela em entah ah aku rasa la"





Yang buat aku senak perutnya tadi sebab aku search lah nama sekolah tu dekat Kuantan and the result was sekolah tu nama yang aku mention dekat atas yang mula-mula tu ha adoi celah mana la nama diorang reka nama sekolah orang sampai jadi macam tu sekali ni adeh memandai-mandai ja.



Kalau ikut perkiraan aku, we will start our journey pagi-pagi rabu lagi which means 2 hari ler aku tak masuk kelas and aku pun tak tau aku patut rasa happy ke idok skang ni hAHAHAHAHAHAHAHAHAHA



Tang malas belajar memang ah tapi aku tak suka jugak sebenarnya sebab kau bayangkan la tak masuk kelas sehari dia punya ibarat tu macam kita dah terlepas berzuta-zuta chapter for each subject on that day tu weh. Dah la susah nak catch up balik. Kalau senang macam makan dah lama dah aku ni jadi;





Best student of Malaysia.

 fuyoooo!




Insya-Allah! Mana tau aku boleh jadi top student untuk espiyem tahun depan ke haa kan nak seribu daya tak hendak seribu dalih am i right budak-budak? baik kau angguk skang (lol). Mengikut andaian-andaian yang tak berbayar by kengkawan aku, principal buat macam tu sebab nak suh budak attend sekolah hari ahad nanti.



Pergh bijak betul si ayahanda kitorang ni ye la sebabnya kalau buat time hari khamis sampai sabtu, dah sah-sahnya bebudak haiya ni tak pi sekolah hari ahad tu nanti kan? hmmm bila dah kemalasan bermaharajalela dalam sanubari macam tu la jawabnya (tunjuk jari dekat diri sendiri huhu)



Lagipun, aku nak join jugak lawatan ni sebab last lawatan yang aku ikut serta (acewah) i mean its my very first time punya school trip kut since im a secondary schooler (eheh) dekat mana eh haa dekat gua yang dekat lenggong perak tu la. Tu pun satu hari beb letih namattey kut trip tu.



Macam-macam incident yang berlaku time lawatan pi gua tu hAHAHAHAHAHAHA! Kau bayangkan la bas kitorang terbalik sebab tayar bas tu tersekat dekat lumpur and nasib baik sangat ada tiang lampu yang tinggi dekat jalan tu kan haa benda tu la yang sokong bas kitorang yang tengah nyawa-nyawa ikan time tu adoi



Lama jugak kitorand tersadai di tepi pantai eh gurau je tepi jalan ler and unfortunately time tu hujan so kitorang pun berlari-lari cucu pi tumpang workshop yang nearby situ ja. Sambil-sambil tunggu, sambil-sambil posing amik gambar sekali dengan brader yang repair kereta kah kah kah!



Gambar tu ada dekat fb aku kalau nak usha tu pun kalau sudi nak tengok huhu. And, aku berharap lah lawatan yang kali ni, insya-Allah kalau aku dipanjangkan umur, sempat lah aku melawat tempat yang telah disusun oleh para warden dalam jadual tu hehe.



Aku harap jugak yang hostel trip ni akan ada experiences yang aku akan semai dalam ingatan aku sampai bila-bila!




ayat takleh hiperbola lagi ke adeh




So, sampai sini jela coretan untuk kali ni. Maleh aih nak update pepanjang sebab letih nak menaip. Yela aku ni jarang je rajinnya. Kalau datang virus rajin tu pun ya tuhan bersyukur gila aku hehe. So, annyeong, pai pai, ppali ppali eh tersalah lol selamat tinggal, sayonara, assalamualaikum, wa chao dulu!





Friday 5 June 2015

Ramadhan in a few days more!



Cuti sekolah selama dua minggu berbaki sebanyak lebih kurang seminggu je lagi. Maknanya, beberapa hari ja lagi nak masuk kandang (asrama) balik. Jadi. jom lah berhuhuhu bersama aku.



Tapi, ada benda yang buat aku happy jugak sebenarnya.



"Apa dia boh?"



Haaaa sebab Ramadhan is just around the corner lah! That means aku boleh berbuka puasa dengan kengkawan dekat asrama. Its one of the best memories kut rugi woo orang yang tak stay asrama.



Boo sama bebudak yang tak stay asrama.

Booooooooooooo!

Lek lek gurau je boh hehe muah ciked (ew).




Meh nak share sikit story-mory time bulan puasa ni. Bebudak asrama tempat aku ni kan, diorang acah-acah je semangat nak pi bersahur tetiap pagi. Bajet je sebab awal-awal puasa tu memang DM a.k.a Dewan Makan penuh gila. Kau bayangkan tahun lepas aku dengan kengkawan aku bangun lambat beberapa minit ja and sesampainya kami dekat DM tu pergh.



Nasi kat mana nasi nasi kat mana



Haaa nasi habis beb. Queue pulak panjang gila time sahur tu. Tu awal-awal puasa je sebab pertengahan puasa tu lol. Memang lol je aku boleh habaq dekat hangpa semua. Level of krik-krik tu berada pada tahap infinity weh. Yang setia duk kat situ ialah kak-kak DM tu jelah. Kesian deme tu. Duk pegang senduk tu tunggu bebudak ni mai tadah nak lauk bagai.


Hangat-hangat tahi ayam lah kalau peribahasa yang sesuai untuk describe bebudak ni dan juga aku hihi. Tapi, aku hangin jugak ah kalau time nak berbuka. Kau bayangkan lah bebudak junior ni i mean yang form 1. Pergh barenggg. Nasi diorang cedok tu memang membukit kalau perati sengsorang punya.



Tak pernah jumpa nasi adik ye?

Last-last sekali tempat bersemadi nasi tu dekat tong sampah jugak. Membazir lah dengan erti kata lainnya. Tula. Macam tak pernah jumpa nasi. Tak pepasal time roll-call kena setepek dengan KPA a.k.a ketua pengawas asrama. Mana taknya sampai ada pelajar lain yang tak sempat amik nasi sebab kena kaut dengan bebudak tu adeh. Saya budak baru belajar ye dok. Takpela lain kali jangan buat lagi. Kesian dekat orang lain huhu.



And tahun lepas, banyak jugak ah kitprang kena prank dengan senior aspura yang form 5. Boleh pulak diorang main-main boh time nak dekat waktu berbuka tu. Asrama kitorang ni memang dah jadi adab kena baca doa berbuka reramai dulu sebelum berbuka kan and yang lead tu semestinya aspura. Takkan aspuri nak jerit kut.



Mahu tercabut pin tudung nak melaung kasi satu dewan tu dengor ish. So, ada banyak kali ah ni diorang baca doa, and then kitorang ni aminkan jelah. Mesti dah lepas baca doa tu, manusia-manusia yang tengah lapor ni teguk air macam tak pernah jumpa air and lahap nasi tu macam tak pernah tengok nasi kan. Tetiba kan, kitorang bunyi ada orang laung,



"Weh dah berbuka ke?"


"HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA"



Bodo gila kan. Sek-sek aspuri time tu memang sumpah-seranah jampi siam diorang bagai nak gila ah dekat sek-sek aspura. Senior-senior yang sel-sel otak tak bersambung tu saje je nak prank kitorang. Nak bagi cuak hader (banyak ah kau punya cuak). Waktu berbuka tu memang dah masuk time diorang laung tu. Kalau tak masuk lagi memang arwah lah deme-deme tu. Bila dah perangai macam setan tu paham-paham ah sendiri. Haiii tua bangka nak dekat SPM pun perangai macam tu jugak. Entah pape la.



And waktu solat berjemaah untuk tarawih ni yang best. Berjemaah time maghrib dengan isya` ni dah biasa kan sebab tu aku kata yang tarawih ni dia punya ohsem tu lain sikit. Memang time reramai baca bacaan yang tulaa sebelum start solat tarawih tu kan, haaaa. Memang meremang bulu roma der sebab satu masjid melafazkannya. Terharu aku dibuatnya. Rasa macam lain ah. Memang bersemangat gila wa cakap sama lu beb!


And benda ni aku tabik spring ah sebab mereka buat ni secara istiqomah. Yela. Bukannya hangat-hangat tahi ayam yang macam bersahur tu luls (kesian akak DM). However (eceh), part paling sedih sekali adalah apabila dah nak dekat raya. Satu masjid tersedu-sedan fuh ayat kau choyy.



Mana taknya sebab pakat-pakat wish selamat hari raya bagai pakai copong masjid tu. Ada yang buat lucu haa yang bab lucu tu memang tak sah kalau takde. Ada je sek aspura ni bagi ayat yang tahap bengong tu memang hadoi bengong. Sampai tahap tu aku tak tau nak describe tahap dia tu. Aduh tetiba pulak rasa tashabar nak jumpa Ramadhan niiii.



Aku berharap sesangat aku sempat jumpa dengan Ramadhan tahun ni. Even beberapa hari je lagi, we never know apa yang akan berlaku kan?



الَلهمَ بلَغنا رمضان

“Allahumma Ballighna Ramadhan”
“Ya Allah, sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.”



Tu doa semoga kita dapat berjumpa dengan Ramadhan. Insya-Allah, kita akan sempat bersua dengan bulan yang penuh dengan barakah tu hiks ;)


To akak DM yang terchenta, akan aku cuba untuk hadir ke DM pada hari last-last bulan puasa tu nanti. Ye, Insya-Allah kalau katil saya nak lepaskan saya kak ye.





KAK DEWAN MAKAN, MU TUNGGU AKU DATANG!





Sekian lah pot-pet pot-pet dari saya. Assalamualaikum! :)

Friday 29 May 2015

Gais, Baru Hari Sabtu Kot!




bakal straight As plus untuk SPM tahun 2016 luls




hari ni merupakan hari kedua cuti sekolah aku and guess what?



AKU DAH SIAPKAN CHAPTER 5 BIOLOGY YANG PASAL MITOSIS & MEIOSIS TU WEH



One of the world achievements kot tu bagi aku. Almaklumlah aku ni bukan rajin sangat huhu tapi kan kerja sekolah aku banyak lagi sebenarnya. Kalau tak caya tu haaa gambar dekat atas tu satu beg baju aku bawak balik dari asrama tu.


Principal sekolah aku mewajibkan setiap guru bagi hw dekat murid-murid cuti sekolah ni. Takpelah. Aku sokong jugak sebab cuti dua minggu beb tanpa kerja sekolah memang mereput aku nak jawab apa untuk upcoming exam yang penting nanti tu ye dok?




ye kan jelah hiks




Aku plan lah nak buat hw yang bertulis ni dulu sebab bab mengira tu kita letak last-last cuti ah. Azam aku untuk 2 minggu ni ada dua ekceli.


1. siapkan hw dalam minggu first cuti ni.
2. 60 in 2 (tak paham duk senyap-senyap dah la).


Hebat tak azam aku? Memang setinggi gunung Everest tapi tak tau lah tu boleh dicapai ke tidak. Kita kan hanya mampu merancang and Allah lah the best planner kan? :)


Doakan lah aku supaya exam aku yang mendatang ni especially untuk Sijil Pelajaran Malaysia atau dikenali juga sebagai espiyem ni aku dapat skor yang terbaik iaitu




9A`s plus


Memang susah nak skor tapi kena letak efforts lah kan sebab rezeki tak datang bergolek seperti yang aku selalu idamkan hmmmm.




" Ya Allah ya tuhanku, semoga Nurishani Binti Adnan dan kawan-kawannya serta semua calon SPM
mendapat kejayaan yang cemerlang dan jikalau sudah tertulis di Lauh Mahfuz bahawa kegagalan
bakal menjemput kami, maka kau kurniakanlah kejayaan kepada kami Ya Allah "



Mulakan lah studies anda dengan doa ye kawan-kawan! Barulah berkat ilmu yang kita nak cari tu hehe :D